Sunday, 17 March 2019

Taktik Kempen Media Sosial 2019

Sedang mencari taktik bagi konten media sosial bagi tahun 2019? 


Di sini dikongsikan beberapa taktik yang boleh anda cuba untuk menjayakan kempen anda:


1. Pendengar Sosial.
Adakalanya kita terlalu sibuk untuk menulis dan menerbitkan konten sehingga tidak sempat meninjau perbualan netizen. Sedangkan perbualan mereka mungkin mengandungi maklumat yang penting dan berguna untuk diadun ke dalam konten anda. Tinjauan akan mengambil masa. Gunakan alat2 online yang boleh mempercepatkan proses ini. Dengan menjadi seorang pendengar sosial, anda akan dapat mempelajari apa yang orang lain fikir dan bual tentang jenama anda, termasuk masalah yang mereka hadapi serta solusi yang sesuai untuk anda atasi hal ini. Ia akan membantu menjayakan kempen anda.

2. Live Video.
Live Video semakin menjadi tarikan utama terutamanya di dalam Facebook sehingga dikatakan enam kali ganda lebih tinggi dari video biasa. Sebelum membuat siaran live pastikan kandungan anda tulin, spontan dan benarkan penonton berinteraksi secar langsung dengan anda. Ia akan menarik perhatian mereka.

3. Chatbots.
Chatbot adalah satu kaedah di mana anda menyediakan jawapan yang kerap dicari pengguna dalam bentuk turutan soal/jawab pendek. Pengguna memilih perkara yang ingin mereka tahu dan anda akan berikan jawapan satu persatu. Dengan cara ini, pengguna akan merasa masalah mereka dijawab dengan penuh perhatian dari anda.

4. Direct Messaging.
Dalam keadaan persaingan kempen pemasaran pada hari ini, masing2 berebut untuk menarik perhatian prospeknya. Siapa yang cepat mendekati prospek dan membina hubungan, dia berpeluang meneroka peluang seterusnya. Salah satu caranya ialah menghantar mesej terus kepada sasaran. Facebook dan Whatsapp sebagai contoh, oleh menjadi alat yang berkesan untuk aktiviti Direct Messaging.

5. Augmented Reality
Augmented Reality dalam bahasa mudah bermaksud kesan yang ditambah pada rakaman foto video anda. Facebook kini sedang mempopularkan aplikasi Augmented Reality. Anda akan memperolehi kelebihan daya saing jika mula merintisnya sekarang.

6. Konten Masa Terbatas.
Peminat dan pengikut anda tentunya tidak mahu ketinggalam mendapatkan maklumat terkini anda. Apa lagi jika masa menonton itu dihadkan, tentunya mereka akan berebut mengaksesnya dan sekaligus menaikkan populariti anda.

7. Konten Sumbangan Pengguna.
Konten yang disumbangkan pengguna adalah sangat berguna. Bagi sesebuah perniagaan, ia adalah cara percuma menghasilkan bahan kempen. Bagi seseorang selebriti, ia menjadi tanda peningkatan populariti. Pada masa yang sama, pengguna akan merasa dihargai kerana anda melibatkan mereka dalam kempen anda. Pendekatan Menang-Menang!

Disesuaikan dari: https://www.mediaplanet.com/us/blog/insights/7-social-media-tactics-for-2019


.

Sunday, 28 August 2016

Siapakah Yang Mereka Bentuk Bendera Malaysia?


.
Bendera Malaysia pada hari ini bermula daripada tiga rekabentuk bendera yang telah dipaparkan kepada rakyat untuk membuat undian.

Rekabentuk pertama mengandungi dua bilah keris yang bersilang di kelilingi oleh 11 bintang. Rekabentuk kedua mirip yang pertama tetapi kedudukan bintang sedikit berbeza. Rekabentuk ketiga mengandungi garisan merah dan putih yang berselang seli bersama bulan sabit dan bintang pada penjuru kiri atasnya. Rekabentuk yang ketiga inilah yang telah mendapat undian terbanyak.

Rekabentuk bendera yang terpilih itu telah direka oleh Mohamed Hamzah, seorang arkitek Jabatan Kerjaya Raya berumur 29 tahun. Kebanyakan elemen yang terdapat di dalamnya dipengaruhi oleh elemen yang terdapat di dalam bendera East India Company.



Sebenarnya itu adalah rekabentuk kedua yang dihantarnya. Rekabentuk pertama mengandungi bendera berwarna hijau bersama keris berwarna biru di tengahnya yang dikelilingi oleh 15 bintang putih.

Bendera Malaysia hari ini

.
Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Flag_of_Malaysia

Thursday, 7 January 2016

Kadar Potongan Cukai LHDN 2016

Kadar Potongan Cukai LHDN 2016
.
Tahun Taksiran 2016
Banjaran Pendapatan Bercukai
Pengiraan (RM)
Kadar %
Cukai(RM)
0 - 2500
2,500 pertama
0
0
2,501 - 5,000
2,500 berikutnya
0
0
5,001 - 10,000
5,000 pertama
5,000 berikutnya

1
0
50
10,001 - 20,000
10,000 pertama
10,000 berikutnya

1
50
100
20,001 - 35,000
20,000 pertama
15,000 berikutnya

5
150
750
35,001 - 50,000
35,000 pertama
15,000 berikunya

10
900
1,500
50,001 - 70,000
50,000 pertama
20,000 berikutnya

16
2,400
3,200
70,001 - 100,000
70,000 pertama
30,000 berikutnya

21
5,600
6,300
100,001 - 150,000
100,000 pertama
50,000 berikutnya

24
11,900
12,000
150,001 - 250,000
150,000 pertama
100,000 berikutnya

24
23,900
24,000
250,001 - 400,000
250,000 pertama
150,000 berikutnya

24.5
47,900
36,750
400,001 - 600,000
400,000 pertama
200,000 berikutnya 

25
84,650
50,000
600,001 - 1,000,000
600,000 pertama
400,000 berikutnya

26
134,650
104,000
Lebih 1,000,000
1,000,000 pertama
setiap ringgit berikutnya

28
238,650
..........


.

Monday, 13 July 2015

Kadar Zakat Fitrah 2015 Bagi Negeri Seluruh Malaysia


-
Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad (maksud gantang baghdad) atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing.
Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Kadar Zakat Fitrah 2015 Bagi Negeri Seluruh Malaysia

Negeri
Kadar Zakat Fitrah
Kelantan
RM7.00
Terengganu
RM4.60, RM6.80 & RM7.40*
Pahang
RM7.00
Perlis
RM6.50
Kedah
RM7.00
Pulau Pinang
RM7.00
Perak
RM7.00
Selangor
RM7.00
Negeri Sembilan
RM6.50
Melaka
RM6.70
Johor
RM5.00 & RM8.00*
Sarawak
RM7.00
Sabah 
RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan
RM7.00
*Untuk Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut gred beras.
-

SIRIM Maksud Gantang Baghdad


-

Sukatan Metrik Gantang Baghdad dan Kepentingannya dalam Pembayaran Zakat
Dg. Nooremah Ag. Said*, Dr. Abdul Rahman Mohamed, Kamarudin Mohamad Nor,
HafidziHamdan
Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan
SIRIM Berhad nooremah@sirim.my
ABSTRAK
Gantang Baghdad adalah penyukat yang digunakan sebagai standard rujukan dalam urusan pembayaran zakat fitrah. Di Malaysia, zakat fitrah dinilai berdasarkan unit kilogram sebagaimana lazimnya makanan seperti beras dijual pada masa kini. Namun penggunaan unit kilogram ini adalah kurang tepat memandangkan gantang (ﻉﺎﺻ), selain bentuk fizikalnya, merupakan unit lama untuk sukatan kapasiti (لﺎﻴﻜﻣ) dan bukannya berat atau timbangan (ناﺰﻴﻣ). Justeru, kajian ini bertujuan untuk menghapuskan kekeliruan dalam penukaran sukatan gantang ke unit metrik. Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan (MSPK), SIRIM di bawah Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 adalah bertanggungjawab untuk memastikan penggunaan unit metrik yang tepat dalam setiap aktiviti pengukuran di Malaysia selain menjadi rujukan kebolehkesanan (traceability). Replika gantang Baghdad milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah ditentukur di Makmal Kapasiti & Isipadu Bendalir, MSPK dan kapasiti gantang tersebut telah diperolehi. Seterusnya, nilai kapasiti cupak dan nisab untuk zakat pertanian dapat dikira. Unit metrik yang tepat untuk cupak, gantang dan nisab zakat pertanian juga telah dicadangkan. Penggunaan unit metrik yang tepat dapat membantu usaha penyeragaman pembayaran zakat fitrah dan penentuan nisab zakat pertanian di seluruh Malaysia.
PENGENALAN
Gantang adalah penyukat kapasiti kering yang biasanya digunakan untuk menyukat makanan. Penggunaan gantang kian pupus ditelan zaman khususnya dengan pengenalan sistem metrik yang dikuatkuasakan menerusi Akta Timbang dan Sukat 1972. Akta ini bertujuan menyeragamkan alat timbang dan sukat terutamanya yang digunakan dalam aktiviti perniagaan, berdasarkan sistem unit antarabangsa (International System of Units, SI). Akta ini melarang penggunaan unit selain metrik seperti unit imperial, termasuklah gantang dan cupak dalam perniagaan. Tempoh 10 tahun diberikan bagi menukar sistem sukatan lama ke sistem metrik. Peniaga yang masih menggunakan penyukat dan timbangan bukan metrik boleh didenda tidak melebihi RM 4000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua – duanya sekali (Seksyen 12, Akta Timbang dan Sukat 1972).
Namun demikian, dalam hal pembayaran fidyah, kaffarah, zakat fitrah dan penentuan nisab zakat pertanian, kedua – dua alat penyukat ini masih diperlukan oleh seluruh umat Islam. Ini berdasarkan hadisdaripada Ibn Umar R. A. yang jelas menyebut gantang, yang bermaksud:
“Rasullullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah, iaitu satu gantang tamar atau satu gantang gandum pada bulan Ramadhan ke atas setiap orang Islam, sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan.”
Riwayat al-Bukhari (1433) dan Muslim (984) Pembayaran fidyah puasa adalah 1 cupak (ﺪﻤ) iaitu bersamaan ¼ gantang bagi sehari puasa yang ditinggalkan. Bagi nisab zakat pertanian pula, Rasullullah SAW menetapkan 5wasq (ﻖﺴو) di mana 1 wasq = 60 gantang justeru nisab adalah bersamaan 300 gantang. Nisab ini penting bagi menentukan sama ada para petani wajib membayar zakat atau tidak untuk sesuatu musim tanaman. Zakat adalah rukun Islam yang ketiga dan wajib dilaksanakan dengan sempurna.
Pada zaman dahulu hampir setiap negara mempunyai penyukat kapasiti tersendiri terutamanya negara yang kegiatan ekonominya bergantung kepada aktiviti pertanian. Misalnya, di negara barat, Gallon dan Bushel digunakan secara meluas (di sesetengah negara masih digunakan sehingga kini), di rantau Arab, MuddSa’ dan WasqSha di Jepun, Cupak dan Gantang di Malaysia, Brunei dan Indonesia dan Ganta di Filipina. Di Malaysia, negeri jelapang padi seperti Kedah mempunyai penyukat kapasiti pelbagai saiz seperti Kepul, Kal, Cupak, Gantang, Kunca dan Nalih. Seperti mana pada masa kini terdapat dua sistem pengukuran utama yang digunakan iaitu sistem imperial dan metrik, di rantau Arab pada zaman tersebut terdapat dua sistem pengukuran yang biasa digunapakai iaitu Sistem Pengukuran Hijazi dan Baghdadi (Iraqi).
Hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai sukatan gantang yang berlainan. Pada era penjajahan British kebanyakkan negeri – negeri di Tanah Melayu, North Borneo dan Sarawak menyeragamkan sukatan gantang dengan unit gallon imperial di mana
1 gantang = 1 gallon UK
Selepas pengenalan sistem metrik pada tahun 1972, sukatan gantang ditukarkan dengan unit desimeter padu, disebut dengan jelas dalam jadual penukaran isipadu di mana
1 gantang Malaysia = 4.54609 dm3 = 4.54609 liter (Jadual 3, Akta Timbang dan Sukat 1972)
Unit SI untuk isipadu adalah meter padu (m3) tetapi ianya adalah terlalu besar iaitu 1 m x 1 m x 1 m, oleh itu unit lain yang biasa digunakan untuk kapasiti yang lebih kecil adalah liter di mana
1 m3 = 1000 dm3 = 1000 liter
KAJIAN LITERATUR
Walau bagaimanapun untuk tujuan pembayaran zakat fitrah gantang yang digunakan adalah gantang Baghdad yang bersaiz lebih kecil. Namun, para ulama berselisih pendapat tentang berapa kilogramkah satu gantang Baghdad ini. Di Malaysia sebelum tahun 2003, terdapat pelbagai timbangan gantang Baghdad bagi negeri – negeri yang berlainan dan ini amatlah mengelirukan. Perselisihan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan di seluruh dunia. Rajah1 menunjukkan anggaran timbangan untuk segantang makanan di pelbagai negara. Arab Saudi menganggarkan 2.4 kg, Mesir dan Kuwait 2.5 kg (Zakat House, 2001), Indonesia 2.176 kg (Baznas, 2012), Brunei mengatakan 2.268 kg (MUIB, 2012) dan Singapura 2.3 kg (MUIS, 2012).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke – 57 pada 10 Jun 2003 telah mencadangkan kepada negeri – negeri di Malaysia satu gantang bersamaan dengan 2.6 kg bagi Semenanjung Malaysia dan 2.7 kg bagi Sabah dan Sarawak (MFK, 2003). Penimbangan dilakukan menggunakan dua replika gantang Baghdad dan tiga jenis beras; beras Super Tempatan Gred A bagi Semenanjung Malaysia, Beras Putih Vietnam bagi negeri Sabah dan Beras Putih Thai bagi negeri Sarawak. Replika gantang Baghdad yang digunakan adalah replika kayu dari Negeri Sembilan dan replika tembaga berbentuk silinder kon yang terdapat dalam simpanan MAIK. Penimbang yang digunakan adalah penimbang metrik jenis digital yang disediakan oleh Unit Metrik, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP, sekarang dikenali sebagai KPDNKK).
Anggaran Segantang Makanan : Zakat Fitrah
kg
2.5
2.6
2.6
2.4
2.4
2.268
2.3
2.176
2.2
2
1.8
Indonesia
Brunei
Singapura   Arab Saudi
Mesir
Malaysia
Rajah 1: Anggaran segantang makanan untuk tujuan pembayaran zakat fitrah.
Daripada usaha yang dijalankan pihak JAKIM, dapat diperhatikan bahawa beras yang berbeza jenis mempunyai timbangan berat yang berbeza, apatah lagi jika satu gantang ini kita isi dengan kurma atau gandum atau barli, pasti beratnya (kilogram) akan berbeza – beza berbanding beras. Perbezaan ini wujud disebabkan kekeliruan dalam penukaran sukatan gantang ke unit metrik. Ini kerana gantang bukanlah alat untuk menimbang berat (kilogram) melainkan alat untuk menyukat isipadu / kapasiti (dry capacity measure).
Terdapat juga sebahagian ulama yang sedar tentang penukaran gantang ke unit liter ini namun masyarakat terus – terusan cenderung menggunakan unit kilogram dalam menganggarkan sukatan metrik bagi gantang. Ini adalah disebabkan makanan seperti beras kini dijual mengikut timbangan berat iaitu kilogram sebagai akibat penyeragaman unit metrik. Justeru, penukaran gantang ke unit kilogram adalah lebih mudah di samping mempermudahkan proses pembayaran zakat itu sendiri.
Menurut Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007, Makmal Standard dan Pengukuran Kebangsaan (MSPK) adalah bertanggungjawab menyeragamkan semua aktiviti pengukuran di Malaysia dengan berpandukan kepada standard – standard rujukan kebangsaan yang diselenggarakan pihak MSPK dengan penggunaan unit metrik yang tepat. Selain itu, MSPK turut menjadi rujukan kebolehkesanan (traceability) standard tertinggi dalam negara. Justeru adalah menjadi tanggungjawab pihak MSPK khususnya Makmal Kapasiti & Isipadu Bendalir untuk menentukur, menyeragamkan dan mewujudkan semula gantang standard.
Rasulullah SAW telah menetapkan sukatan standard, sepertimana yang diriwayatkan Ibnu ‘Umar:
“Sukatan (standard) adalah mengikut sukatan penduduk Madinah manakala timbangan (standard) adalah mengikut timbangan penduduk Makkah.”
Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i
Hal ini adalah kerana kegiatan ekonomi penduduk Madinah adalah pertanian justeru sukatan mereka adalah lebih tepat dan digunakan secara meluas manakala penduduk Makkah pula kebanyakkannya adalah peniaga justeru timbangan mereka adalah lebih tepat.
Namun terdapat perbezaan pendapat antara ulama Hijaz dan Iraq berkenaan berat yang setara untuk satu gantang di mana Imam Abu Hanifah dan penduduk Iraq menganggarkan satu gantang bersamaan 8 kati (لطر) manakala Imam Malik, Shafi’i, Ahmad dan beberapa ulama Hijaz yang lain menganggarkan berat satu gantang bersamaan 5 1/3 kati berdasarkan penggunaan gantang yang diwarisi generasi demi generasi sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
Pendapat ini didasarkan kepada beberapa bukti, antaranya kisah diriwayatkan oleh al Baihaqi daripada al Husain bin al Walid, bahawa Abu Yusuf sepulangnya dari mengerjakan haji menceritakan hal beliau bertanya penduduk Madinah tentang gantang dan mereka menyatakan gantang yang mereka gunakan adalah gantang yang sama dengan gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Beliau meminta bukti dan pada keesokan harinya lebih kurang 50 orang penduduk Madinah dari keturunan Muhajirin dn Ansar telah membawa setiap seorang sebuah gantang. Setiap mereka menyatakan gantang tersebut diwarisi dari ayah, datuk atau moyang mereka dan setiapnya telah digunakan pada zaman Rasulullah SAW. Abu Yusuf memeriksa gantang tersebut dan mendapati kesemuanya sama (saiz). Beliau telah menimbang isi kandungan gantang dan mendapati beratnya kurang sedikit sahaja dari 5 1/3 kati. Oleh yang demikian beliau telah menukar pendapatnya dari 8 kati kepada 5 1/3 kati. Al Husain mengerjakan haji pada tahun berikutnya lalu menemui Imam Malik dan menanyakan perihal gantang ini. Imam Malik menyatakan gantang yang ada di Madinah pada waktu tersebut adalah sama dengan gantang pada zaman Rasulullah SAW. Walau bagaimana pun, apabila ditanya berat yang setara dengan satu gantang, Imam Malik menegaskan bahawa gantang adalah penyukat kapasiti dan tidak boleh ditukarkan kepada berat (Al – Baihaqi, 2003).
Al – Qardawi (1980) memetik kajian ‘Ali Pasha Mubarak yang mengatakan tiada perbezaan ketara antara gantang Baghdad dan Madinah dan demikian juga untuk kati Baghdad dan kati Makkah (Hijaz). Berat 1 gantang bersamaan 5 1/3 kati adalah berat biji bijian manakala jika 1 gantang diisi penuh dengan air beratnya adalah kurang sedikit dari 8 kati. Justeru menurut Mubarak, ulama Iraq menimbang menggunakan air manakala penduduk Madinah menimbang menggunakan biji bijian.
Nisab ZakatPertanian
Nisab bagi zakat pertanian adalah jumlah minimum biji bijian untuk satu musim tuaian yang akan menentukan sama ada zakat wajib dibayar atau tidak pada musim tersebut. Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan (1981) telah memutuskan bahawa sukatan nisab gantang padi adalah 363 gantang.Menurut Abdullah Basmeh (1985) “Limawasq yang tersebut adalah bersamaan 363 gantang
Malaysia.” Ini adalah bersamaan 363 x 4.54609 = 1650 liter. Kebanyakan negeri mengikuti keputusan ini namun tidak semua; antaranya Kelantan dan Terengganu menetapkan 375 gantang iaitu 375 x 4.54609 = 1704.8 liter manakala Pahang, Perak dan Sarawak menetapkan 400 gantang iaitu 400 x 4.54609 = 1818 liter. Manakala negeri Kedah menetapkan nisab zakat padi bagi setiap tuaian adalah 2 kunca 2 nalih 6 gantang 1 cupak dan 2 kepul. Menurut Shaharir dan Abdul Razak (2001):
1 kunca
=
10 nalih
1 nalih
=
16 gantang
1 gantang
=
4 cupak
1 cupak
=
4 kepul
Oleh itu, nisab bagi negeri Kedah adalah menyamai 358 gantang dan 1½ cupak iaitu 358.375 x 4.54609 = 1629 liter. Kepelbagaiannisab zakat pertanian di Malaysia menunjukkanketidakseragaman nisab antara negeri. Hal ini antaranya disebabkan perihal agama di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Sultan setiap negeri. Kekeliruan turut timbul apabila nisab ini ditukarkan kepada unit metrik yang kurang tepat untuk sukatan seperti kilogram di mana hampir tiada negeri mempunyai nisab yang sama dalam kilogram. Bahkan ada negeri yang menetapkan nisab dalam nilaian wang (Dg. Nooremah et.al., 2013).
Rasulullah SAW menetapkan nisab zakat pertanian sebanyak 5 wasq di mana 1 wasq bersamaan 60 gantang; oleh itu nisab zakat pertanian adalah bersamaan 300 gantang.
Al – Qardawi (1980) merujuk kepada kajian Mubarak yang menganggarkan 1 gantang air adalah lebih kurang 2.75 liter justeru nisab 300 gantang adalah bersamaan 825 liter. Namun tidak diketahui anggaran Mubarak dibuat berdasarkan apa, yang diketahui adalah kajian beliau tentang berat kati Baghdad. Al – Khin et.al. (1982) menyebut kadar 1 gantang adalah menyamai sukatan 3 liter atau nisab 300 gantang adalah 900 liter. Al – Khin adalah merujuk kepada Ensiklopedia Dairatul Maarif Al – Islamiah (Jilid 14 / Halaman 105) yang secara umum menganggarkan 1 gantang bersamaan 3 liter.Syeikh Majid al – Hamawi yang mengulas tulisan Abi Syuja’ (593 H) pula mengatakan 1 gantang bersamaan 3.11 liter dan nisab 300 gantang adalah 933 liter.
Al – Ghafili memetik beberapa kajian yang dilakukan di Saudi Arabian Standards Organization (SASO);kaedah pertama adalah menimbang biji gandum yang bersaiz sederhana (sebiji gandum didapati seberat 2.035 gram) dan berdasarkan berat ini isipadu 1 gantang dianggarkan menyamai 2.43 liter atau anggaran nisab sebanyak 729 liter. Walau bagaimanapun kaedah ini adalah kurang tepat kerana ruang antara bijian gandum adalah besar dan tidak diambilkira. Kaedah kedua adalah anggaran berdasarkan maksud cupak yang dikatakan bersamaan 1 raup (kedua–dua belah) tangan lelaki dewasa bersaiz sederhana. Seramai 40 orang lelaki bertapak tangan sederhana telah dipilih dan keputusan purata 1 cupak yang diperolehi adalah 628 mililiter dan isipadu gantang boleh dikira iaitu 628 x 4 = 2512 mililiter = 2.512 liter. Anggaran nisab bagi kaedah kedua ini adalah 753.6 liter. Kaedah kedua ini adalah anggaran kasar dan kurang tepat memandangkan sekiranya ianya sesuai digunakan misalnya untuk pembayaran zakat fitrah, pasti ada hadis yang menyebutkan tentang perkara ini memandangkan ianya mudah dilaksanakan. Sebaliknya, hadis yang ada berkali kali menyebut penyukat gantang (atau wasq) digunakan sebagai standard rujukan di dalam pembayaran zakat fitrah dan pertanian. Malahan Rasulullah SAW menetapkan sukatan (standard)agar mengikut sukatan penduduk Madinah. Kaedah ketiga adalah penentukuran cupak menggunakan air di makmal SASO; cupak ini didakwa mempunyai kebolehkesanan (kesinambungan sanad) kepada cupak Zaid bin Tsabit yang beliau gunakan untuk pembayaran zakat fitrah bagi pihak Rasulullah SAW. Keputusan penentukuran yang diperolehi melalui kaedah ketiga adalah 1 cupak = 786 mililiter atau 1 gantang = 786 x 4 = 3144 mililiter = 3.144 liter. Anggaran nisab adalah 943.2 liter. Sekiranya kita imbas kembali kisah Abu Yusuf dengan 50 buah gantang penduduk Madinah, kita akan faham bahawa terdapat banyak artifak atau replika gantang yang mempunyai kesinambungan sanad kepada gantang Madinah. Namun demikian, SASO secara rasmi menyatakan 1 gantang bersamaan 3.03 liter (Khalid et.al., 2001) iaitu nisab zakat pertanian bersamaan 3.03 x 300 = 909 liter.
Menurut al – Qardawi (1980) penentuan nisab untuk zakat pertanian dilakukan ke atas hasil tanaman yang telah dikeringkan dalam bentuk sedia untuk dijual iaitu selepas dibersihkan, disaring dan dibuang kulit. Beliau turut memetik tulisan Imam al – Ghazali di dalam kitabnya al Wajiz bahawa 5wasq adalah dikira dalam bentuk kismis yang dikeringkan, manakala untuk biji bijian adalah selepas dibersihkan dan dibuang kulitnya, melainkan untuk hasil tuaian yang dijual segar atau dijual bersama kulitnya. Ibnu Qudamah (1997) menulis dalam al Mughni bahawa nisab biji bijian seperti padi yang dijual bersama kulit (agar tahan lebih lama) adalah 10 wasq(600 gantang) kerana apabila kulitnya dibuang hasil yang tinggal adalah lebih kurang separuh sahaja. Abdullah Basmeh (1985) menulis bahawa nisab padi adalah dikira setelah dibersihkan dari jerami dan hampanya.
Jadual 1 Nisab zakat pertanian dari kajian literatur.
NISAB
NISAB
KAPASITI
KAPASITI
(tanpakulit i.e. beras)
(berkulit i.e. padi)
CUPAK
= 5 Wasq
= 10 Wasq
RUJUKAN
GANTANG
(Mililiter, mL)
= 300 Gantang
= 600 Gantang
(Liter, L)
= ¼ Gantang
(Liter,
(Meter
(Liter,
(Meter
L)
Padu, m3)
L)
Padu, m3)
al-Qardawi
2.75
688
825
0.825
1650
1.65
al-Khin
3
750
900
0.9
1800
1.8
Majid (AbiSyuja’)
3.11
778
933
0.933
1866
1.866
al-Ghafili (Kaedah 3)
3.144
786
943
0.943
1886
1.886
SASO (Rasmi)
3.03
758
909
0.909
1818
1.818
Jadual 1 menunjukkan nisab zakat pertanian yang didapati daripada kajian literatur. Turut diambilkira adalah nisab hasil tuaian yang dijual dalam bentuk masih berkulit seperti padi. Jika dibandingkan dengan nisab zakat padi di Malaysia, didapati Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengikuti saranan al – Qardawi (1650 liter) yang mengambil pendapat Mubarak namun anggaran beliau kurang diketahui asasnya. Manakala negeri Pahang, Perak dan Sarawak didapati mengikuti anggaran nisab yang ditentukan secara rasmi oleh SASO (1818 liter).
PENENTUKURAN GANTANG BAGHDAD: SATU USAHA PENYERAGAMAN
Cara terbaik untuk mewujudkan semula gantang yang menepati standard gantang nabawi (gantang Madinah) adalah menentukur gantang tersebut. Walau bagaimanapun gantang tersebut telah tiada; namun demikian terdapat beberapa gantang dan cupak yang didakwa mempunyai kebolehkesanan (sanad) hingga ke gantang nabawi. SASO melalui makalah terbitannya secara rasmi menyatakan bahawa satu gantang nabawi adalah bersamaan dengan 3.03 liter (Khalid et.al., 2001). Gantang yang ditentukur didakwa mempunyai kesinambungan sanad kepada gantang yang digunakan Rasulullah SAW untuk mengeluarkan zakat fitrah. SASO mempunyai makmal – makmal pengukuran iaitu National Measurement and Calibration Center yang menjalankan aktiviti tentukuran yang menepati standard antarabangsa, sama seperti MSPK SIRIM.
Di MSPK usaha penyeragaman bermula dengan pencarian gantang yang digunakan untuk pembayaran zakat yang lebih dikenali sebagai gantang Baghdad. Malangnya, tidak banyak pusat zakat atau jabatan agama di seluruh Malaysia yang masih mempunyai gantang. Gantang Baghdad yang diperolehi setakat ini cuma dua buah, sebuah dari Kelantan (MAIK) dan sebuah lagi dari Terengganu (MAIDAM). Kaedah yang dibuat untuk menentukan isipadu gantang Baghdad adalah secara tentukuran menggunakan kaedah gravimetrik (Rajah 2 dan 3). Gravimetrik adalah kaedah mendapatkan jisim (berat) bahan (air) yang diukur dengan cara menimbang; dengan menggunakan ketumpatan, isipadu dapat dikira menggunakan beberapa siri persamaan yang ditetapkan standard antarabangsa (ISO/TR 20461: 2000).Air digunakan sebagai medium tentukuran kerana sifatnya yang universal dan menempati ruang secara seragamselain memenuhi keperluan prosedur tentukuran standard (ISO 4787: 2010).Air diisi sehingga penuh dan diratakan. Berat air direkodkan bersama suhu air dan keadaan persekitaran (suhu, kelembapan dan tekanan udara).


Rajah 2 Tentukuran Gantang Baghdad MAIK secara Gravimetrik.

Rajah 3 Tentukuran Gantang Baghdad MAIDAM secara Gravimetrik.
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Daripada tentukuran yang dijalankan, didapati isipadu gantang Baghdad MAIK adalah 3.11 liter manakala gantang Baghdad MAIDAM adalah 3.09 liter dengan perbezaan antara keduanya sekecil 0.02 liter. Daripada isipadu gantang ini, isipadu cupak (untuk pembayaran fidyah/kaffarah) dan nisab zakat pertanian dapat dikira, seperti berikut:
Jadual 2 Keputusan Tentukuran Gantang Baghdad di Malaysia
KAPASITI
KAPASITI
NISAB
NISAB
GANTANG
CUPAK
(tanpakulit i.e. beras)
(berkulit i.e. padi)
GANTANG
BAGHDAD
(Mililiter, mL)
= 5 Wasq
= 10 Wasq
(Liter, L)
= ¼ Gantang
= 300 Gantang
= 600 Gantang


(Liter,
(Meter
(Liter,
(Meter
L)
Padu, m3)
L)
Padu, m3)
MAIK
3.11
777.5
933
0.933
1866
1.866
MAIDAM
3.09
772.5
927
0.927
1854
1.854
Keputusan tentukuran gantang Baghdad MAIK yang didapati adalah sama kepada nilaian gantang oleh Abi Syuja’ (593 H) yang mana beliau mengatakan jika gantang itu dibuat berbentuk kotak yang setiap sisinya adalah sama, maka panjang setiap sisi tersebut adalah 14.6 cm dan setelah dikira isipadunya adalah 3.11 liter. Untuk nisab zakat pertanian pula, beliau menyebut bahawa panjang setiap sisi kotak adalah 97.7 cm dan ini memberi nilaian nisab 300 gantang bersamaan 933 liter ataupun 0.933 m3. Keputusan ini juga adalah hampir dengan kaedah ketiga yang dipetik oleh al – Ghafili (3.144 liter) dengan perbezaan hanya sekecil 0.034 liter. Walau bagaimanapun nilaian gantang al – Ghafili ini adalah kurang tepat disebabkan replika penyukat yang digunakan adalah cupak. Cara yang lebih tepat dalam membuat perbandingan adalah antara gantang dengan gantang atau cupak dengan cupak.
Keputusan Tentukuran Gantang
liter
3.144
3.15
3.09
3.11
3.10
3.03
3.05
3.00
2.95
SASO
G. MAIDAM
G. MAIK
Al-Ghafili
Rajah 4: Keputusan tentukuran gantang di makmal MSPK dan SASO.
Keputusan tentukuran gantang Baghdad MAIDAM pula didapati menghampiri nilaian gantang oleh SASO dengan perbezaan sebanyak 0.06 liter. Perbezaan isipadu antara gantang yang ditentukur adalah kecil dengan perbezaan paling besar cuma 0.114 liter atau lebih kurang setengah cawan. Kisah Abu Yusuf menjadi bukti terdapat banyak replika gantang atau cupak yang mempunyai kebolehkesanan (sanad)kepada gantang nabawi. Walau bagaimanapun di Malaysia keputusan untuk penentuan nilaian 1 gantang adalah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan untuk keputusan tersebut digunapakai di negeri – negeri adalah tertakhluk di bawah kuasa Sultan setiap negeri. Kaedah yang lebih baik sebelum keputusan diambil adalah melakukan perbandingan antara makmal – makmal tentukuran (inter laboratory comparison) di serata negara Islam. Kaedah ini biasa dipakai sehingga ke peringkat antarabangsa bertujuan mengharmonikan proses pengukuran antara negara di samping memastikan setiap negara mematuhi standard antarabangsa. Dalam hal ini, dicadangkan SASO mengedarkan artifak gantang nabawi untuk ditentukur di makmal – makmal negara Islam yang ingin mengambil bahagian. Keputusan tentukuran akan dibandingkan dan kemudiannya berdasarkan keputusan ini Majlis Fatwa Kebangsaan boleh memutuskan nilaian gantang yang lebih tepat beserta penetapan nisab zakat pertanian yang seragam.
Namun demikian, perbezaan kecil dalam isipadu antara gantang yang ditentukur boleh menyebabkan perbezaan yang besar dalam nisab zakat pertanian. Ini adalah disebabkan penggandaan sebanyak 300 atau 600 kali atau sekiranya cupak digunakan penggandaannya adalah 1200 atau 2400 kali. Sebagai contoh, beza isipadu antara gantang MAIDAM dengan gantang SASO adalah 0.06 liter tapi perbezaan untuk nisab padi

adalah 36 liter iaitu penggandaan sebanyak 600 kali. Perbezaan sebanyak 36 liter ini adalah besar dan dapat menentukan sama ada petani wajib mengeluarkan zakat atau sebaliknya.
Walau bagaimanapun, buat masa sekarang, langkah awal yang boleh diambil oleh pusat zakat dan majlis agama adalah menyelaraskan nisab zakat pertanian menggunakan unit metrik yang lebih tepat iaitu meter padu (Jadual 3). Alat penyukat untuk nisab juga mudah dibina iaitu berbentuk kotak yang setiap sisinya sepanjang 1 meter. Pada sisi tinggi di bahagian dalam kotak boleh diletakkan seperti pembaris untuk memudahkan pengiraan jumlah zakat padi yang perlu dikeluarkan.
Jadual3NisabPertanian di Malaysia.
Nisab tanaman
No.
Negeri
Nisab Padi
yang sudah
dibersihkan dari
kulit i.e. beras
1
Kedah
2 kunca 2 nalih
1300.49 kg
1.63 m3
0.815 m3
6 gantang 1 cupak 2 kepul
2
Selangor
363 gantang Malaysia
1306 kg
1.65 m3
0.825 m3
3
Perak
400 gantang Malaysia
1306 kg
1.818 m3
0.909 m3
4
Perlis
RM 742
5
Kelantan
375 gantang Malaysia
875 kg
1.705 m3
0.852 m3
6
Penang
363 gantang Malaysia
1300 kg
1.65 m3
0.825 m3
7
Terengganu
375 gantang Malaysia
937.5 kg
1.705 m3
0.852 m3
8
Pahang
400 gantang Malaysia
1920 kg
1.818 m3
0.909 m3
9
Johor
363 gantang Malaysia
816.75 kg
1.65 m3
0.825 m3
10
Melaka
363 gantang Malaysia
1300 kg
1.65 m3
0.825 m3
11
N.Sembilan
363 gantang Malaysia
1306 kg
1.65 m3
0.825 m3
12
Sabah
363 gantang Malaysia
980.1 kg
1.65 m3
0.825 m3
13
Sarawak
400 gantang Malaysia
1080 kg
1.818 m3
0.909 m3
14
Wilayah
363 gantang Malaysia
-
1.65 m3
0.825 m3
Persekutuan
KESIMPULAN
Isipadu / kapasiti gantang Baghdad telah berjaya ditentukur dan seterusnya isipadu cupak dan nisab zakat pertanian telah dapat dikira (Jadual 2). Unit metrik yang sesuai untuk setiap penyukatdiringkaskan seperti di bawah:
Unit untuk gantang Baghdad = liter (L) Unit untuk cupak = milliliter (mL) Unit untuk nisab = meter padu (m3)
Penggunaan unit metrik yang bersesuaian dapat membantu penyeragaman zakat fitrah dan nisab zakat pertanian, malah membuka ruang untuk tanaman lain yang mungkin boleh dikenakan zakat pertanian.
RUJUKAN

  1. Abdullah Basmeh, 1985. Panduan Rasul Allah SAW Mengenai Zakat, Sedekah dan Khairat. Kuala Lumpur: Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri.
  2. Abdullah bin Mansur al – Ghafili. Gantang:Standard Lama dan Baru. Saudi Arabia. t.t.
  1. Abi Syuja’ Ahmad bin al – Husain al – Isfahani, 593H, Tahqiq by Syeikh Majid al – Hamawi, 1994 (1415H).
Matn al  Ghayah wa al  Taqrieb fil Fiqh asy  Syafi’i. Ed. 2. Beirut: Dar Ibnu Hazm.
  1. Al – Baihaqi, 2003. Al– Sunan al– Kubra. Beirut: Dar al – Kutub al – ‘Ilmiyah.
  2. Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 (Akta 675)
  1. Akta Timbang dan Sukat 1972 (Akta 1971)
  1. Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS). “Zakat Pertanian.” baznas.or.id Diakses pada 26 Julai 2012. www.baznas.or.id/zakat-pertanian/
  1. BaitulmalMajlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Diakses pada 23 Oktober 2014. http://www.maips.gov.my/
  1. Dg. Nooremah Ag. Said, Abd Rahman Mohamed, Kamarudin Mohamad Nor, Hafidzi Hamdan, 2013.
Calibration of Gantang (Saa’) and its Impact Towards Zakat Payment in Malaysia. Proceeding of The 2nd
International Conference on the Islamic Economics dan Economies of OIC Countries 2013. Kuala Lumpur. 29 – 30 January 2013.
  1. Ibn Qudamah al – Maqdisi, 1997. Al  Mughni. Riyadh: Dar ‘Alim al – Kutub.
  1. International Organization for Standardization. Laboratory Glassware  Volumetric Instruments  Methods for Testing of Capacity and for Use. ISO 4787:2010.
  1. International Organization for Standardization. Determination of Uncertainty for Volume Measurements Made Using the Gravimetric Method. ISO/TR 20461:2000/Cor.1:2008(E).
  1. Jabatan Zakat Negeri Kedah. “Nisab Zakat Padi.” zakatkedah.com Diakses pada 26 Julai 2012. http://www.zakatkedah.com/ilmu-zakat/jenis-zakat/zakat-padi/
  1. Khalid bin Yusuf al – Khalf, Sulaiman bin Muhammad as – Siyan, Abdul Aziz Muhammad Yusuf, 2001 (1422H). PencapaianSASO 20 Tahun. Arab Saudi.
  1. Lembaga Zakat Selangor. “Zakat Pertanian.”e-zakat.com.myDiakses pada 26 Julai 2012.http://www.e-zakat.com.my/zakat-harta/zakat-pertanian/
  1. Majlis Fatwa Kebangsaan, 1981. Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan:Fatwa Pertama (Isu – isu Muamalat).
  1. Majlis Fatwa Kebangsaan, 2003. Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan:Fatwa Kesembilan (Isu – isu Muamalat).
  1. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. e-maik.my “Kadar Nisab Zakat Tanaman (Padi).” Diakses pada 26 Julai 2012. www.e-maik.my/public_new/index.php?option=com_ content&view+article&id=237&Itemid=786
  1. Majlis Agama Islam Johor. “Zakat Pertanian (Buah–Buahan danBijiran).” maij.gov.myDiakses pada 26 Julai 2012. http://www.maij.gov.my/?page_id=112
  1. Majlis Ugama Islam Brunei. “Zakat Biji–Bijian dan Buah–Buahan (Tanaman).” zakat-muib.gov.bn Diakses pada 26 Julai 2012. www.zakat-muib.gov.bn/subindex.asp?id=A089_08
  1. Majlis Ugama Islam Singapura. “Zakat Fitrah.” muis.gov.sg/cms/zakat/ Diakses pada 26 Julai 2012. www.muis.gov.sg/cms/zakat/calculation_payment.aspx?id=17905
  1. Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugha and Ali as-Syarbajy, 1982 (1402H). al-Fiqh al-Manhaji. Damsyik: Dar al-Qalam.
  1. Pusat Kutipan Zakat Pahang. “Zakat Tanaman (Padi).”zakatpahang.myDiakses pada 23 Oktober 2014. http://www.zakatpahang.my/v2/TanamanSyarat.aspx
  1. Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. zakat.com.my“Zakat Pertanian.”Diakses pada 23Oktober 2014.http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-zakat/zakat-pertanian
  1. Pusat Urus Zakat Pulau Pinang. “Zakat Pertanian.” zakatpenang.com Diakses pada 26 Julai 2012. http://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/2013-06-30-10-54-31/jenis-zakat/zakat-pertanian
  1. Pusat Zakat Melaka. “Zakat Pertanian.” izakat.comDiakses pada 23 Oktober 2014. http://www.izakat.com/index.php?option=com_content&view=article&id=14&Itemid=13&lang=bm
  1. Pusat Zakat Negeri Sembilan. “Zakat Pertanian (Padi).” zakatns.com Diakses pada 26 Julai 2012.http://www.zakatns.com.my/ver4/info-zakat/jenis-zakat/zakat-pertanian-padi
  1. Shaharir Mohamad Zain & Abdul Razak Salleh. 2001. Sistem Nombor Dan Angka Melayu Berdasarkan Kajian Etimologi Dan Penyukatan. Jurnal Bahasa 1(3) (September): 423-443.
  1. Tabung Baitulmal Sarawak. “Zakat Tanaman dan Pertanian.”tbs.org.myDiakses pada 23 Oktober 2014. http://www.tbs.org.my/www/?page=97
  1. Temu bual dengan En. Nazli Amirri bin Ngah, PenolongKananPengarah (Wakaf Dan Sumber Am), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pada 30 Julai 2012.
  1. Yusuf al – Qardawi, 1980. Fiqh az –Zakah, Vol. 1. Jeddah: Scientific Publishing Centre of King Abdul Aziz University. Translated by Dr. Monzer Kahf.
  2. Zakat House, 2001. Zakat Rules. Kuwait: Islamic Law Affair Office.


-